Permainan tradisional juga merupakan seni dan budaya masyarakat kita.. tapi ianya semakin dilupakan oleh masyarakat terutama golongan remaja. Dibandar-bandar contohnya, permainan tradisional semakin dilupakan.. ada diantaranya pula tak tahu apakah jenis permaianan tradisional itu. Pekara ini amat menyedihkan. Kerana ia merupakan adat resam masyarakat kita. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah banyak mengusahakan pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan lagi seni dan budaya dalam permainan tradisional. Contoh yang boleh kita lihat ialah Festival Gasing Malaysia yang akan dianjurkan setiap tahun. Didalam Penganjuran Program Merakyatkan Seni dan Budaya juga terdapat beberapa aktiviti yang disisipkan berbentuk permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing dan sebagainya. Semoga Usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berjaya dalam memartabatkan seni dan budaya permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.
No comments:
Post a Comment