Tuesday, September 18, 2007
Permainan Tradisional
Friday, August 17, 2007
The Phantom Of The Opera
Thursday, August 16, 2007
Keunikan Tarian

Tarian salah satu bentuk seni yang halus... tersirat...
Setiap negara, negeri dan daerah mempunyai keunikan bentuk tari yang unik.. kebanyakkan masyarakat memandang rendah pada tarian atau penari.. saya paham, kebanyakkan masyarkat memandangan rendah pada penari kerana kerjaya tetapi satu kelebihan penari adalah mereka pandai menari n tak semua orang boleh menari.. dulu saya pun tak suka menari.. bila masuk bidang kebudayaan di universiti n mempelajari tarian tradisional dan kontemporari, aku mula minat plak tapi minat saya lebih kepada bidang pengurusan..pada akhir julai yang lepas, JKKN baru sahaja menganjurkan Festival Tari Malaysia, pertembungan penari-penari dari seluruh malaysia. setiap negeri memaparkan tarian tradisional dan tarian daerah di bagi setiap negeri. Disitu kita akan dapat melihat kepelbagaian bentuk tarian dalam malaysia. Banyak lagi bentuk tarian yang masih belum terungkai rahsianya. mengekperimenkan tarian atau kreasi baru satu cabaran bagi koreografer dalam membentuk bentuk tari yang baru.
Kejayaan negeri Melaka dalam FTM tempohari memang tidak disangkal lagi.. keunikan tarian n kekemasan amat dititik beratkan. 6 anugerah telah dirangkul oleh pasukan tarian daripada negeri melaka. Dari tatarias hingga ke tarian menjadi tumpuan juri pada malam tersebut.
Negeri-negeri lain juga tidak kurang hebatnya seperti johor, kuala lumpur, perlis dan negeri sembilan. Masing-masing mempunyai kelebihan bentuk tari tersendiri.
So nantikan FESTIVAL TARI MALAYSIA 2009.
Pertandingan Penulisan Esei "Erti Kemerdekaan"

Pendahuluan:
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sempena Ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke 50 dan merupakan salah satu cara sokongan sempena bulan kemerdekaan daripada 17 Ogos hingga 16 september.
Objektif Program:
1. Memperkasakan semangat cinta akan negara di kalangan rakyat Malaysia melalui Pertandingan Menulis Esei.
2. Menyemarakkan lagi semangar perpaduan pelbagai kaum melalui penulisan dan interaksi nasional
3. Memartabatkan persuratan khususnya penulisan dalam bahasa melayu
4. Memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun 2007
TEMA :
"ERTI KEMERDEKAAN"
Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan boleh menghubungi Urusetia Program:
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara:
03-2612 7651 - Cik Eezmadyna Azalin
Tarikh Tutup Penyertaan:
30 Oktober 2007
Wednesday, August 15, 2007
Kebudayaan
MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.
Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan."..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."(Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)BIDANG KEBUDAYAAN(Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman)Bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui :
1) Fikiran / ideaSeperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.
2) KebendaaanSeperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perabot.
3) KesenianDilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )
4) Nilai dan NormaSeperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, ‘folk-ways & ‘mores’, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun.
Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah). Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya.
