Semenjak dok di Sabah nie.. hampir 2 tahun aku tak g singapore.. dulu selalu juga ke sana.. sekadar jumpa kawan2 sekolah dan bekas kekasih hati ku.. hehehe opss... tahun lepas.. syukur, dapat gak aku ngan best friends ku Whosere dengan my bos ke Singapore sebelum raya haji.. Just nak flight JETSTAR hanya RM140 sehala kami telah selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa changi, singapore.
ganas juga kami berdua nie.. sampai je singapore letak barang di rumah mertua bos, terus kami jalan2.. hahah sebab kena menggunakan waktu yang ada sebaik mungkin kan.. hari pertama kami jalan2 sampai ke explanade singapore.. jalan kaki jer kami.. Rambang jer mata bila melihat barang2 disana yang MURAH mengikut matawang sana. Bila tukar balik duit malaysia jadi mahal plak. Tapi itu la kenyataan nya. Patut lah ramai kawan2 sekolah aku bekerja di sana. Balik terus kaya.. hahah
Kerja aku adalah berjalan, bergambar, berjalan, bergambar.. nasib juga penah ke singapore dulu. Tau juga la beberapa tempat yang penah aku pergi dulu..
Yang best kalau nak dikongsi bersama, masyarakat di sana agak berdisiplin. Ini mungkin atas usaha kerajaan di sana. Amat susah kami melihat sampah di tepi2 jalan sekitar singapore. Kalau ada pun hanya 10% je la.. bangunan pun 98% semua bagus2 dan cantik. Ada yang memberitahu, setiap 5 tahun semua bangunan akan di cat semula. wah.. bagus.. sedap mata memandang. Perkara yang tak boleh dielak adalah jem di jalan raya. Sebuah negara kecil tetapi banyak pengggunaan kenderaan. Tetapi kenderaan di sana ada menetapkan hanya beberapa kereta sahaja yang dibenarkan keluar mengikut warna no pendaftaran.
Puas dah jalan 1 hari.. jam 9 malam balik la rumah dulu.. rehat.. tapi tak puas2 lagi.. Tengah malam plak.. bukan g clubbing tapi ke salah satu pusat membeli belah ala Maiden la.. nama dia Mustapha.. Mustapha lagi best la rasanya.. Banyak barang2 dia dan murah la... yang paling best Minyak wangi dia.. kalau kat Malaysia harga RM300 kat sana dalam SG120.. bila tukar duit malaysia lebih kurang je la.. tap BUY 1 FREE 1... hahaha murah seh.. so berkarung2 la minyak wangi yang dibeli.. sampai ke hari nie masih ada lagi 1 botol.. hahaha... kat mustapha walaupun dah jam 3 pagi.. masih ramai orang.. rasanya memang orang suka g malam kot.. hahaha
Esok nya pula.. kami ke Universal Studio.. SADISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS... TIKET PENUH.. SOLD OUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tension... tapi x pe la.. next time boleh g lagi.. so kami just jalan2 je la kat SENTOSA.. apa boleh buat.. buat SENTOSA is nice.. tenang.. aman damai.. mereka menggunakan ruang yang ada sebaik mungkin la. Dapat la masuk kat Underwater world macam kat KLCC tue.. ok la tue..
Melihat keindahan malam di Singapore adalah satu kenikmatan.. Penuh dengan cahaya2 dan bangunan2 pencakar langit.
Hanya sekadar 3 Hari 2 Malam.. Memadai la untuk jalan2 di Singapore, Kota Singa. Kalau nak cite satu2.. mampus smp malam taip tak abis.. hahaha so nanti kita kongsi lagi pengalaman yang lain ya.. k adios