Tuesday, January 20, 2009

lagu yang aku minat sangat

dengar la

jalan-jalan laaaaa





Kalau dah duduk Sabah nie, jangan la lepas kan peluang untuk bejalan-jalan menikmati keindahan dan keunikan sabah nie.. nie pun satu budaya yang ada la kat sabah nie.. salah satu tempat yang aku dah g minggu lepas, pulau manukan n poring.. best la juga... pantai dia cantik..

Awal pagi juga kami bertolak ke Jeti Jeselton Point yang dikenali sebagai pelabuhan nak ke pulau-pulau termasuk pulau labuan la..


sempat lagi aku berposing sebelum naik bot. hahah sedangkan orang tue dah panggil2 dah suruh naik cepat .. hahaha so macam2 la dalam kepala aku nie.. best ke.. jauh ke.. selamat ke.. ramai orang ke.. macam2 la.. hhaah tak penah g la katakan.. so ramai2 la kami naik bot..


nie la muka 'cemas' aku ahahah... mana tak nyer.. melambung2 la aku naik bot tue.. heheh.. biasa naik bot besar, tetiba je kena naik bot kecil. so sempai je aku kat sana.. boleh tahan la.. cantik dan sangat bersih air nya.. jernih sampai aku nampak la ikan berenang2 di dalam air.. erm.. indahnya.


tue je la yang dapat aku ambil sebelum aku ke jeti.. erm.. bila mandi pun best.. berenang-renang la ikan kat badan aku.. erm.. pengunjung dia plak macam ramai orang luar.. ye la orang sabah dah banyak kali g. mesti la nak g pulau bali pulak.. heheh



nie mula2 la aku masuk air.. cuba tanggkap ikan.. hehehe cantik sangat... mana yang belum g tue.. kena lag.. best gila la.. erm.. untuk yang tak penah g mesti la best yang dah biasa g... 'daa perkara biasa' hehehe so berenang la aku dari tempat aku mula sampai ke hujung.. tue sebelah tue kawan aku yang didatangkan khas dari serawak... baak nama dia.. so kami pun g la cuci mata kat sana.. hahahah




wahhh seksi nya aku.. jangan sebar kan.. hahah.. perut tetap boroi.. eh dulu aku kurus la.. hhahah semenjak dok sabah badan aku naik gilaaaaaaaa..... hahaha makan je la.. keje aku... so kat sana mandi je la aktiviti nya.. tak de benda lain yang boleh di buat.. tak kan la nak main boling plak.. hahahah nak g ke tengah tak berani coz kang ada yang ke tanah plak 'mati' hahah alhamdulilah aku selamat la..



so abis je menikmati keindahan alam semulajadi.. tiba la masa untuk pulang ke pangkal jalan.. balik la.. hahaha kena la tunggu bot tadi balik.. erm... aku mesti g sana lagi.. wajib.. bawa yang belum g la.. hahah boleh la aku kekwat hahha..




LIHAT LA KEINDAHAN ALAM KEJADIAN ALLAH S.W.T BESYUKUR LA DENGAN APA YANG TELAH DIKURNIAKAN OLEHNYA.. SETIAP KEJADIAN MANUSIA MEMPUNYAI HIKAMHNYA.

Monday, January 19, 2009

hari hari yang sama!!


Hangatnya anugerah juara lagu malam tadi.. sampai kat opis la yek... erm.. dalam radio pun isu yang sama.. tak yah la rasanya nak panas-panas lagi.. ada plak yang tak puas hati ngan kemenangan Meet Uncle Hussien.. dia diaorng ada bakat n rezeki diaorang.. dah la tue.. tumpang gembira je la.. dulu mak korang suruh jadi penyanyi tak nak.. skg dah cemburu plak dah ada yang menang. Yang lepas biar la lepas.. Anyway aku sokong je industri muzik nie.. cuma kalau boleh bagi aku la, buat la pembaharuan sikit. Bukan apa, aku nampak la, kualiti muzik nie, makin lama makin pudar pulak. kita sepatutnya kena la kejar yang lebih baik bukan yang lebih buruk. Malu seh dengan negara luar. Indonesia tue pun bagus juga lagu mereka. Penggiat muzik pun kena la buat kajian sikit, rajin2 la bertukar pandangan ngan orang luar. Jangan jadi bodoh sombong. Kalau kita bodoh sombong, tue la jadi yang sama je sampai bila2. Bagi aku penganjuran AJL semalam boleh kata Gempaq la juga.. tapi aku tau kos dia pun gempak la juga... bukan senang nak buat macam tue, kena ada management yang bagus la. n ada kerjasama yang baik dari semua pihak. Congrate la.. bagi aku stesen tv lain harus jadikan program macam nie satu cabaran bukan kutukan. Buat la yang lebih baik.. Kita boleh tengok jomheboh, punya la ramai orang datang. Semua stesen tv adaa tarikan masing2, bukan tv3 je.. cuma usaha dan tidak tue je.. kena la thing out of box hheheh

Sunday, January 18, 2009

Hari demi hari






erm... hujung minggu yang kosong, hahah tak tau nak buat pe, rehat je kat rumah, tapi macam-macam la aku ingat dalam kepala. Macam biasa online ym n as usual si Lan atau cikgu lan (ermm) online.. erm ada la mengisi ruang pagi aku ngan mengumpat ngan dia sebelum memulakan aktiviti di rumah...

cuma terkenang aku masa di kampung... wah flashback lagi nie... di atas tue.. tue la kawan kawan aku yang paling baik kat kampung... nama kampung aku best.. hehe BATU GAJAH.. heheh perak ler.. diaorang nie susah senang selalu bersama.. nie baru la nama kawan menangis, kawan ketawa n kawan boros hahaha... nie la kawan yang the best dalam hidup aku.. love u all guys.. kalau aku balik kampung si azrul mesti ambil aku kat bus station.. si khairul plak.. asal nak g window shopping mesti ajak aku.. sampai malam la.. kalau tak ikut ayat biasa 'putus kawan' hahah si khairul nie.. dulu kurus.. skg gemuk.. heheh sory jangan marah yek.. erm.. si pinjan tue plak.. best orgnya.. dulu masa zaman sekolah.. naik motor buruk bapak dia tue la bawa kami ke mana2.. tepun je ayat biasa 'nuar, jap g abang datang amik, tunggu je.. ' heheh.. so merayau la kami ngan motor tue tanpa lesen.. bila si pijan ada lesen.. erm,, lagi jauh la kami.. tp yang best tue.. dengan motor abg dia la kami rembat.. hahahha sampai la skg.. erm.. tue la dia kawan2 aku yang aku baik sangat.. kawan2 lain tue ada gak.. baik la gak.. cuma tak serapat dia orang la..


so kalau aku balik kampung.. aku mesti la jumpa kawan2 aku nie.. kalau tak jumpa.. mesti la tak lengkap hidup aku nie... hehheh..


kat atas nie plak.. kawan2 aku masa kat universiti.. erm.. hansem2 nie sebenarnya baru nak g presentation.. nampak je senyum2 tapi hati tuhan je yang tahu..kompom la kena maki nyer.. hahah tue la cabaran semester 6 Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik kat UiTM Shah Alam. Walaupun banyak cabaran tapi amat bermakna dalam hidup aku.. pengalaman kat uitm banyak berguna dalam hidup aku.. aku mula belajar elemen seni dan budaya ni pun dari sana la sampai la aku keje kat KEKKWA nie.. erm.. tanpa tunjuk ajar pensyarah2 yang sangat baik aku rasa mau aku keluar...




Friday, January 16, 2009

Seni dan Budaya Sabah




Bila aku sampai kat sabah nie... macam satu kejutan sikit la pada aku nie.. budaya, adat n suku kaum kat sini terlalu banyak... sabah nie sebuah negeri yang kaya dengan adat dan budaya.. bukan nak kata kat semenanjung tak de adat dan budaya yang unik.. cuma Sabah tidak ketinggaalan dengan adat budaya yang sangat unik. Budaya sabah merupakan salah satu eset pelancongan negara kita am nya, sabah khasnya...



Nie Gambar biasa la,,, jalan2 la katakan





































Picture je untuk tatapan







Gambar Aktiviti aku di Sabah ... banyak kenangan yang aku boleh kongsi.. sikit-sikit la k



aku kini...


wah... lamanya aku tak tengok blog aku.. sekarang aku kembali lagi... dulu aku hanya seorang pelajar tapi sekarang aku dah bekerja. aku nie dah mula dengan hidup baru. Kalau dulu pengalaman aku di Kuala Lumpur, negeri yang penuh dengan cabaran dan rintangan (Wah ayat) kini aku telah ditukarkan ke Sabah Negeri Bawah Bayu. Di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Bukan senang dengan umur yang baru mencecah 24 tahun memikul jawatan sebagai pegawai kebudayaan di peringkat negeri. Bila dinegeri cabaran aku semakin bertambah n aku telah mendapat pengalaman yang amat baik untuk masa depan aku. Ramai juga kenalan baru yang aku dapat n alhamdulilah aku telah berjaya jelajah bahagian tawau, sandakan, kota kinabalu (mesti la memang dok kk) Kota Marudu, Kudat, Kota Belud.. dah abis la.. sekarang hanaya tinggal bahagian pendalaman sabah. Mungkin tahun 2009 akan mendatangkan lebih pengalaman yang lebih banyak.


Dalam pemerhatian aku dalam 8 bulan di Sabah, sabah yang aku bayangkan dulu hanya meleset semata-mata. Bila datang ke sabah, keje disini. kelainan yang aku rasakan. Penduduk, Norma kehidupan dan banyak lagi yang sangat berbeza dengan kehidupan di kuala lumpur. Bangsa kat sini sangat banyak dan sangat unik.. memang sampai sekarang aku sendiri belum abis memahami adat suku kaum di sabah nie. Walaubagaimana pun, keramahan, dan sikap yang baik memang terdapat disini. Kota kinabalu macam kuala lumpur la.. sebab dia menjadi tumpuan dari masyarakat di sekitar sabah. Sibuk nya boleh dikatakan macam KL la.. sikit je.. kalau perayaan kosong la kk nie.. erm.. semua org di pendalaman memang ke kk untuk mencari keje.. kk dikatakan tempat yang banyak punca mencari rezeki. Tapi kalau di pendalaman.. tidak kurang juga.. walaupun hanya rumah beratapkan nipah berdindingkan buluh. tapi ladang seluas-luasnya.. erm... jangan tak percaya.. duit dalam bank boleh kalah bisness man.. hahahah.. k la.. kat KK nie memang sebuah negeri yang cantik dan unik.. ok la.. tue je la.. penat bercerita.. nanti kita sambung dengan pengalaman dan keunikan benda lain plak. adios