Alhamdulilah, Merasa juga la saya ke singapore bagi program teater The Phantom Of The Opera.. Singapore nie sebuah negara kecil tetapi semakin maju. Masyarakatnya amat mementingkan kebersihan dan bantu membantu. Agak terpegun la juga saya semasa pertama kali menjejakkan kaki di Bandar Singapura. Lalu lintasnya, Keadaan jalan dan bangunan. Agak sukar untuk saya melihat sampah sarap atau bangunan yang usang. Semua apartment akan di cat semula supaya ianya akan sentiasa nampak baru. Teksinya juga bersih dan wangi. Tiada lagi teksi yang tidak memakai meter. Kita boleh katakan singapura sebuah negara kecil yang mungkin mudah diselaraskan tetapi kita perlu mengambil perkara positif yang kita boleh contohi. Kita tak perlu selalu memandang rendah pada negara orang termasuk indonesia. Setiap kelemahan sesetiap negara masih ada kebaikan yang mampu kita contohi. Saya sarankan pergi la keluar dari negeri atau negara masing-masing untuk menambah pengalaman dalam diri anda semua. Banyak lagi rahsia alam dan perkara yang tidak pernah lihat dalam dunia nie. Rungkai la semuanya semasa kita masih mampu. Mungkin ianya boleh menginsafkan kita dan mungkin boleh dijadikan iktibar.
Renungkan lah.. peluang kita mencari pengalaman dan ilmu tidak kira usia... semoga kita akan mendapat apa yang kita kehendakkan. Berdoa dan usaha perlu bagi menjamin masa depan yang cerah.
No comments:
Post a Comment